Sunday, June 7, 2009

Assalamualaikum....
PERJALANAN KE KELANTAN...(6/jun/2009)
Aku pergi Kelantan sebab perkahwinan best friends aku che zuraidah. Dia nie kawan baik yang banyak kenangan manisnya. Dulu dialah pengapit waktu aku bersanding, perjalanan ke Kelantan memakan masa 7 jam, perjalanan pulang ke Kuala Lumpur yang memenatkan. meh aku citer... tiket bas kul 9.30malam, aku dah tercongok kat stesen bas kul 9.00malam. Aku turun Kelantan bersama suami and anak ku yang sulung. Pengumuman yang baru di buat oleh pihak stesen bas 'bas ke Kuala Lumpur terkandas, disebabkan oleh traller terbalik jadi para penumpang ke Kuala Lumpur diharap bersabar kerana bas akan datang pada pukul 11 malam" huh lamanyer, sampai anak aku yang sulung marah, 'mama, bila nak naik bas, tu banyak bas jomlah mama..." bila bas berlalu pergi dia menjerit 'woi bas, tunggulah abang kat sinilah' kesian kat anak aku dah penat tunggu bas, sampai dia tertidur. Tunggu punya tunggu sampai semua penumpang dah jadi macam penunggu. Dia naik marah siap maki hamun kerani yang tak tau apa-apa kat stesen bas tu. Boleh dia orang suh balik dulu, esok datang kul 9pagi. Keje gila betol aku mana ada rumah kat Kelantan, so aku menunggulah bas dengan setianya. Tunggu punya tunggu dari pukul 9.30 sampailah kul 2.30 baru dapat bas dua tingkat. huh seronok naik bas dua tingkat, melompat-lompat aku. Bas pun betolak kul 2.30pagi, tengah syok2 aku tido dalam bas tu tiba-tiba bas mati. ler baru setengah jam seronok naik bas bertingkat last-last rosak plak bas nie. tak inginler aku naik bas bertingkat lagi, menyusahkan. Kena tunggu lagik, tunggu bas gantian....tunggu punya tunggu jam 6.30pagi baru datang bas gantian. Huh penat betol, naiklah bas kul 6.30am tu. dalam hati aku membebel sendiri "patutnya aku dah sampai KL sekarang nie, tapi ni masih di Kelantan. Bodoh punya pemandu traller, nak mandu tu cubalah ati-ati skit" geram betol aku. Aku tido jer sepanjang perjalanan ke Kuala Lumpur tu bersama anak aku. hehehehe kongker 3 kusi padahal beli tiket untuk 2 kusi jer. Selamat aku sampai di umah mak aku kul 3.30ptg. Sempat lagi aku solat zohor, pastu aku tido luruskan badan sampai kul 6ptg.

No comments:

Post a Comment